CARA MENGUNDI
Peraturan 19 dan 19A Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya)
(Pindaan) 2012
1. Anda sebagai pengundi akan diberikan
dengan satu kertas undi;
2. Apabila anda meminta kertas undi,
nombor dan nama anda sebagai pengundi sepertimana yang dinyatakan di dalam
daftar pemilih akan dilaungkan (called out);
3. Sebelum kertas undi dikeluarkan
kepada anda, suatu tanda hendaklah dibuat dalam daftar pemilih terhadap nombor
dan nama anda untuk menunjukkan bahawa satu kertas undi telah dikeluarkan
kepada anda;
4. Anda dikehendaki menunjukkan jari telunjuk
kiri anda supaya dapat dipastikan bahawa tiada dakwat kekal telah ditandakan
pada jari telunjuk kiri anda;
5. Sekiranya ketua tempat mengundi
mendapati anda enggan menunjukkan jari telunjuk kiri anda supaya dipastikan
tiada dakwat kekal padanya, keengganan anda tersebut akan direkodkan dan tiada
kertas undi akan dikeluarkan kepada anda;
6. Setelah ketua tempat mengundi
(presiding officer) atau mana-mana orang yang bertindak di bawah kuasanya
berpuashati bahawa tiada tanda dibuat pada nombor dan nama anda dalam daftar
pemilih dan tiada dakwat kekal telah ditandakan pada jari telunjuk kiri anda,
ketua tempat mengundi hendaklah membuat tanda pada jari telunjuk kiri anda dengan
menggunakan dakwat kekal dan seterusnya ketua tempat mengundi akan mengeluarkan
kertas undi kepada anda;
7. Sekiranya ketua tempat mengundi
mendapati anda enggan telunjuk kiri anda ditandakan, keengganan anda tersebut
akan direkodkan dan tiada kertas undi akan dikeluarkan kepada anda;
8. Kertas undi itu akan ditindikkan atau
dicap dengan tanda rasmi atau ditandatangani secara ringkas oleh ketua tempat
mengundi disebelah tepi kertas
undi itu dan akan kemudiannya dikeluarkan kepada anda;
9. Apabila anda menerima kertas undi,
anda hendaklah dengan serta merta pergi ke satu tempat dalam tempat mengundi
itu sebagaimana yang ditunjukkan oleh ketua tempat mengundi itu dan anda
hendaklah secara rahsia menandakan kertas undi itu mengikut arahan -arahan yang
diberikan bagi panduan pengundi;
10. Anda hendaklah kemudiannya melipat
kertas undi itu untuk merahsiakan tandanya dan hendaklah memasukkan kertas undi
itu ke dalam peti undi dan, tanpa kelengahan yang tidak wajar hendaklah
kemudiannya dengan serta merta meninggalkan tempat mengundi itu;
11. Sekiranya difikirkan patut, ketua
tempat mengundi boleh bertanya kepada anda sama ada anda faham dan atas
permintaan anda, ketua tempat mengundi tersebut boleh menerangkan cara mengundi
kepada anda dalam pendengaran ejen tempat mengundi (polling agent) yang mana
ketua mengundi tersebut tidak boleh membuat apa-apa yang dikira sebagai nasihat
atau arahan untuk mengundi calon-calon tertentu.
12. Sekiranya anda tidak berdaya
mengikuti cara yang ditetapkan ini disebabkan oleh buta atau kecactan fizikal
yang lain, anda boleh membuat permintaan supaya orang lain yang anda namakan
atau ketua tempat mengundi tersebut menandakan kertas undi mengikut arahan anda
dan memasukkan kertas undi ke dalam peti undi. Di dalam kes ini, orang anda
namakan itu perlu membuat satu akuan melalui Borang 10.
AlhamdulilLah dan tahniah kepada Ikram Legal Team...:-)
ReplyDelete