Ejen Tempat Mengundi (ETM) Bagi Pengundian Awal
Ejen Tempat Mengundi (ETM) yang mewakili Calon yang bertanding, mereka dibenarkan hadir untuk menyaksikan proses pengundian awal di Tempat Mengundi (Saluran). Setiap ETM hendaklah dilantik oleh Calon atau Ejen Pilihan Raya masing-masing.
Mereka perlu mengemukakan dokumen-dokumen yang berkaitan kepada Ketua Tempat Mengundi di Tempat Mengundi (Saluran) masing-masing untuk semakan dan pengesahan oleh Ketua Tempat Mengundi sebelum dibenarkan masuk untuk bertugas.
Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti yang berikut:
a) Dokumen Kad Pengenalan diri yang mengandungi
nama, No.Kad Pengenalan dan gambar seperti Kad
Pengenalan atau MyKad.
b) Surat pelantikan sebagai Ejen Tempat Mengundi (ETM) yang ditandatangani oleh Calon atau Ejen Pilihan Raya(EPR).
c) Borang Sumpah Kerahsiaan (BORANG A) yang telah lengkap disempurnakan.
Nota: ETM tidak dibenarkan masuk untuk bertugas di Tempat Mengundi (Saluran) semasa proses pengundian awal jika tidak membawa salah satu dokumen yang disebutkan di atas.
ETM yang dibenarkan masuk bertugas di Tempat Mengundi (Saluran) untuk menyaksikan proses pengundian awal perlu membawa salinan Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) sendiri yang diperoleh daripada Calon ataupun Ejen Pilihan Raya masing-masing.
Mengikut peruntukan Subperaturan 15(4) dan (5) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 dan Subseksyen 14 (1A) Akta Kesalahan pilihan Raya 1954, ETM dibenarkan bertugas secara bergilir-gilir sekurang-kurangnya dua jam sebelum ETM baru dibenarkan masuk menggantikannya (jika perlu).

Proses pengundian awal yang disaksikan oleh ETM ialah proses pemeteraian Peti Undi oleh Ketua Tempat Mengundi dan Kerani Pengundian yang dibuat sekurang-kurangnya 10 minit sebelum Pengundian Awal dimulakan; Proses Pengesahan Identiti Pengundi- pengundi yang datang untuk mengundi; Proses mencalitkan Dakwat Kekal; Proses pengeluaran kertas undi; Proses Pengundian dan Proses Pemeteraian Peti Undi setelah Pusat-pusat Mengundi atau Tempat- tempat Mengundi (Saluran) ditutup.
ETM boleh menurunkan tandatangan pada perekat keselamatan Peti Undi dan sampul-sampul (jika ingin berbuat demikian).
ETM TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI mengganggu tugas Ketua Tempat Mengundi atau Kerani Pengundian atau menghalang mana-mana pengundi daripada mengundi jika identiti pengundi berkenaan telah disahkan betul. Sebarang bantahan oleh ETM hanya boleh dibuat secara bertulis dan diserahkan kepada Ketua Tempat Mengundi.
Apa-apa keputusan yang dibuat oleh Ketua Tempat Mengundi terhadap bantahan (bertulis) daripada ETM adalah MUKTAMAD. Jika ETM tidak berpuas hati dengan keputusan Ketua Tempat Mengundi, mereka boleh mengambil tindakan melalui petisyen pilihan raya di Mahkamah Tinggi mengikut Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan dalam tempoh 21 hari dari tarikh keputusan pilihan raya diwartakan.
Ketua Tempat Mengundi hendaklah memeteraikan Peti Undi Parlimen dan Peti Undi Negeri sekurang-kurangnya 10 minit sebelum jam 8.00 pagi sebelum proses Pengundian Awal bermula.
Ketua Tempat Mengundi hendaklah memastikan semua peralatan, kelengkapan, Buku Panduan, Daftar Pemilih Pilihan Raya bagi Tempat Mengundi (Saluran) berkenaan serta buku Kertas Undi tersedia seperti yang diperlukan.
No comments:
Post a Comment