Kesalahan Amalan Korup Dalam Pilihanraya -
Kesalahan Menyamar
Seksyen 7
Kesalahan Menyamar
Tiap-tiap orang yang memohon suatu kertas undi dalam sesuatu
pilihanraya atas nama seseorang lain,
Sama ada nama itu adalah nama bagi seseorang yang hidup atau mati, atau
nama seseorang yang diada-adakan atau yang,
Setelah mengundi sekali dalam mana-mana pilihanraya itu,
Memohon dalam pilihanraya itu juga suatu kertas undi atas namanya
sendiri,
adalah bersalah atas kesalahan menyamar
Misalan :
A, semasa hari pengundian telah
memohon satu kertas undi di atas nama B yang masih hidup dengan niat untuk
mengundi di atas nama B.
A, semasa hari pengundian telah
memohon satu kertas undi di atas nama C yang mana C telahpun meninggal dunia
dengan niat untuk mengundi di atas nama C.
A, semasa hari pengundian telah
memohon satu kertas undi di atas nama D yang mana D adalah nama yang
diada-adakan.
A, semasa hari pengundian
setelah melakukan pembuangan undi telah memohon satu kertas undi lain di atas
namanya sendiri.
No comments:
Post a Comment