1. Pencalonan Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri
Sekiranya pencalonan itu adalah untuk pilihan raya Dewan Rakyat, bakal Calon hendaklah menggunakan Borang 4 dan jika untuk pilihan raya Dewan Undangan Negeri, Borang 4A hendaklah digunakan. Kertas penamaan Calon hendaklah diserahkan dalam satu salinan asal.
2. Nama Bahagian Pilihanraya
Ruangan yang berkaitan dengan Bahagian Pilihan Raya
hendaklah diisi dengan betul. Bakal Calon hendaklah
menyemak notis yang dikeluarkan oleh PP untuk
memastikan nama Bahagian Pilihan Raya yang ingin
ditandingi. Sebagai contoh, sekiranya Bahagian Pilihan
Raya yang ingin ditandingi ialah “Lembah Pantai”,
bakal Calon janganlah hanya menulis perkataan
“Lembah” atau “Pantai” sahaja kerana ini tidak lengkap
dan mengelirukan. Adalah penting bagi bakal Calon
mengetahui bahawa terdapat nombor kod Bahagian
Pilihan Raya yang tercatat sebelum nama setiap
Bahagian Pilihan Raya, iaitu di dahului dengan huruf N
bagi Bahagian Pilihan Raya Negeri dan P untuk Bahagian
Pilihan Raya Parlimen. Contohnya bagi Bahagian Pilihan
Raya Parlimen Putrajaya ditulis “P.125 PUTRAJAYA” dan
bagi Bahagian Pilihan Raya Negeri Rawang ditulis “N. 14
RAWANG”.
3. Nama Calon
Nama bakal Calon hendaklah diisi dengan betul. Bakal Calon dinasihati supaya menulis nama seperti yang terdapat dalam Kad Pengenalan/MyKad. Jangan masukkan nama-nama gelaran. Sebagai contoh, jika nama bakal Calon itu “Chin Yam Pit”, jangan ditulis apa-apa nama gelaran seperti “Tiger Chin Yam Pit” atau sebagainya. Penggunaan gelaran-gelaran tidak rasmi seperti Tok Guru, Pak Lebai dan lain-lain tidak dibenarkan. Singkatan-singkatan anugerah kebesaran dan kelulusan akademik yang terdapat selepas nama seseorang seperti KMN., Ph.D., MA., dan lain-lain tidak juga dibenarkan.
Walau bagaimanapun, seseorang Calon boleh menggunakan gelaran-gelaran rasmi seperti Tun, Tan Sri, Datuk Paduka, Datuk Setia, Datuk Seri, Datuk Wira, Datuk/Dato, Dr., Haji dan lain-lain, dengan syarat nama asalnya dikekalkan. Sebagai contoh “HJ. AB. RASHID BIN AB. RAHMAN” boleh menggunakan nama “ TAN SRI HJ. AB. RASHID BIN AB. RAHMAN “ sekiranya calon berkenaan dikurnia gelaran Tan Sri.
4. No Kad Pengenalan

Adalah menjadi tanggungjawab PP untuk menyemak
Kad Pengenalan atau MyKad atau Resit Pengenalan
Sementara (Borang JPN KPPK 09) bagi mengesahkan
pengenalan seseorang Calon. Sekiranya seseorang
Calon, kerana sesuatu sebab, tidak mempunyai Kad
Pengenalan yang sah, dia bolehlah menggunakan
dokumen yang lain seperti Pasport Antarabangsa
Malaysia, Resit Kehilangan Kad Pengenalan (Borang
JPN KPPK 11) yang disahkan oleh Jabatan Pendaftaran
Negara, Lesen Memandu yang bergambar ataupun
Kad Pengenalan rasmi/kad kuasa bergambar yang
dikeluarkan di bawah kuasa sesebuah organisasi rasmi
yang menerangkan dengan jelas perihal seseorang
Calon dan nombor kad pengenalannya. Bagi pemegang
Kad Pengenalan lama Negeri Sabah, Sarawak dan
Semenanjung, huruf-huruf H, K dan A hendaklah
dicatatkan sebelum nombor kad pengenalan jika
huruf-huruf tersebut terdapat dalam Kad Pengenalan
berkenaan.
5. Nama-Nama Lain
5. Nama-Nama Lain
Bakal Calon dinasihati supaya menulis nama-nama lain
dalam ruangan berkenaan sekiranya ada. Jika tiada
nama-nama lain, bakal Calon hendaklah menuliskan
perkataan ‘tiada’. Bakal Calon dibolehkan mengisi
ruangan ini dengan nama-nama lain yang tidak tercatat
secara rasmi dalam Kad Pengenalan. Misalnya, jika
bakal Calon itu baru sahaja memeluk agama Islam,
dia mungkin mahukan nama Islam digunakan dalam
ruangan nama-nama lain sungguhpun nama berkenaan
tidak dicatat dalam Kad Pengenalan.
6. Pekerjaan
6. Pekerjaan
Taraf pekerjaan seseorang Calon itu mestilah dijelaskan
dalam ruangan yang disediakan. Sekiranya bakal Calon
ahli perniagaan, maka perkataan “ahli perniagaan”
atau “peniaga” hendaklah dimasukkan dalam ruangan
ini. Sekiranya bakal Calon tidak mempunyai apa-apa
pekerjaan, ruangan ini hendaklah diisi dengan perkataan
‘tiada kerja’ atau ‘tiada’.
7. Alamat Tempat Tinggal
7. Alamat Tempat Tinggal
Bakal Calon diingatkan supaya mengisi ruangan
ini dengan jelas. Sekiranya dia ingin bertanding
dalam Bahagian Pilihan Raya Parlimen, mana-
mana alamat di Malaysia boleh dicatatkan.
Sekiranya bakal Calon ingin bertanding dalam
Bahagian Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri,
alamat dalam Negeri yang berkenaan hendaklah
dicatatkan.
8. Alamat Surat Menyurat
Bakal Calon juga dikehendaki mengisi ruangan alamat surat-menyurat dengan lengkap dan jelas bagi memudahkan PP menghubungi Calon selepas Hari Penamaan Calon.
9. Butir-Butir Pencadang dan Penyokong
Nama dan nombor Kad Pengenalan Pencadang dan Penyokong hendaklah diisi dalam ruangan yang disediakan. Tandatangan kedua-dua Pencadang dan Penyokong hendaklah diturunkan dalam ruangan yang disediakan.
10. Nama Yang Hendak Dicetak Pada Kertas Undi

Bakal Calon hendaklah menulis dengan jelas nama yang
hendak dicetak dalam kertas undi dalam ruangan yang
disediakan.
11. Persetujuan Calon
Calon hendaklah menurunkan tandatangannya dalam ruangan yang disediakan di hadapan seorang saksi.
12. Tandatangan Saksi
Dalam ruangan “Ditandatangani oleh Calon yang dinamakan........... adalah perlu diisikan nama saksi dalam ruangan yang disediakan.
Saksi mestilah menurunkan tandatangannya dan juga mengisikan alamat dan nombor Kad Pengenalan dalam ruangan yang disediakan dan menulis tarikh semasa ditandatangani. Kegagalan mengisi butir-butir tersebut boleh menyebabkan kertas penamaan ditolak.

No comments:
Post a Comment