Persediaan dan Tugas Pengundi Awal
Setiap pengundi yang akan mengundi pada Hari Mengundi Awal hendaklah membawa salah satu dokumen pengenalan diri yang mengandungi nama, No. Kad Pengenalan dan gambar seperti yang berikut:
a) Kad Perkhidmatan bagi anggota tentera dan PDRM atau Kad Pengenalan atau MyKad; atau
b) Resit Pengenalan Sementara (JPN KP09); atau
c) Resit Kehilangan Kad Pengenalan (JPN KP11) yang disahkan oleh JPN; atau
d) Pasport Antarabangsa; atau
e) Lesen Memandu yang mengandungi Nama, No. Kad Pengenalan dan gambar; atau
f) Kad Kuasa Jabatan yang mengandungi Nama, No. Kad Pengenalan dan gambar.
Membuat semakan nama, nombor Tempat Mengundi (Saluran) dan Pusat Mengundi di Barung SPR pada Hari Mengundi Awal jika semakan awal tidak dibuat sebelumnya sama ada melalui Pejabat Pengarah Pilihan Raya (PPN) atau Laman Sesawang SPR atau pejabat Pegawai Pengurus atau melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS).
Mendapat satu kertas undi bagi Parlimen dan satu kertas undi bagi Negeri (jika pilihan raya serentak) daripada petugas-petugas SPR di Pusat Mengundi atau di Tempat Mengundi (Saluran) di mana nama pengundi disenaraikan dalam Senarai Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) bagi Pengundian Awal.
Menyerahkan dokumen Kad Pengenalan diri kepada Kerani Pengundian untuk tujuan pengesahan dan membenarkan Kerani Pengundian menyemak tanda atau calitan Dakwat Kekal pada jari telunjuk kiri untuk pengesahan sebelum mengundi dan pengundi bersetuju untuk dicalitkan dengan Dakwat Kekal pada jari telunjuk kiri sebelum kertas undi dikeluarkan.
Menandakan sama ada “X” atau “√” pada ruang yang disediakan dalam Kertas Undi di dalam Petak Mengundi, seterusnya melipat dua kali Kertas Undi dan memasukkan kertas undi yang telah ditandakan ke dalam Peti Undi yang disediakan mengikut Peti Undi bagi Parlimen dan Peti Undi bagi Negeri.
No comments:
Post a Comment