Wednesday, 24 April 2013

Kesalahan Amalan Korup Dalam Pilihanraya - Kesalahan Penjamuan



Kesalahan Amalan Korup Dalam Pilihanraya - 
Kesalahan Penjamuan



Seksyen 8

Kesalahan Penjamuan


Tiap-tiap orang yang, secara rasuah, dengan sendirinya atau melalui seseorang lain,

Sama ada sebelum, dalam masa atau selepas sesuatu pilihanraya, secara langsung atau secara tak langsung,

Memberi atau mengadakan atau menyebabkan diberi atau diadakan, atau yang menyertai hal memberi atau mengadakan itu,

atau yang membayar atau mengakujanji akan membayar kesemuanya atau sebahagiannya, belanja bagi memberi atau mengadakan apa-apa makanan, minuman, penyegar atau bekalan,

atau apa-apa wang atau tiket atau apa-apa cara atau tipu daya lain untuk membolehkan apa-apa makanan, minuman, penyegar atau bekalan, disampaikan kepada atau untuk seseorang

bagi maksud mempengaruhi secara rasuah orang itu atau mana-mana orang lain supaya memberi atau jangan memberi undinya dalam pilihanraya itu

atau oleh kerana seseorang itu atau seseorang lain telah mengundi atau tidak mengundi atau akan mengundi atau tidak akan mengundi dalam pilihanraya itu,

dan tiap-tiap pemilih atau pengundi yang, secara rasuah menerima atau mengambil apa-apa makanan, minuman atau penyegar atau bekalan itu atau mana-mana wang atau tiket itu atau yang menggunakan apa-apa cara atau tipu daya lain itu untuk membolehkan makanan, minuman, penyegar atau bekalan itu didapatkan

adalah bersalah atas kesalahan menjamu.


Misalan :


A, selepas pembubaran Parlimen, telah menyediakan satu jamuan makan tengahari kepada Z dengan tujuan untuk mempengaruhi Z agar memberi undi kepada A dalam pilihanraya.

A, selepas pembubaran Parlimen, telah membayar kos jamuan makan tengahari dengan tujuan untuk mempengaruhi Z untuk memberi undi kepada A.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...