Saturday, 27 April 2013
UNDI POS - Apa yang perlu anda tahu?
UNDI POS - Apa yang perlu anda tahu?
Proses Pengundian Pos
Pengeluaran Undi Pos oleh Pegawai Pengurus (PP)
=> Pengambilan sampul oleh 'Courier' Polis/Tentera / Penghantaran Karung Khas SPR
=> Proses Pengundian Pos
1. Penyerahan sampul-sampul di pusat penyerahan
2. Pengagihan sampul kepada pemilih
3. Penyempurnaan oleh Pemilih
4. Sampul Keutamaan B dimasukkan dalam Karung Khas SPR
=> Pengembalian semula Karung Khas SPR kepada Pegawai Pengurus (PP)
=> Sampul Keutamaan B dimasukkan ke dalam Peti Undi Termeterai
=> Pembukaan Sampul Keutamaan B
=> Pembukaan Sampul A
=> Pengiraan Undi
4 Kerani Pos Yang Bertugas pada Hari Undi Pos
1) Kerani Undi Pos 1
- Melaungkan siri nombor pengenalan diri, nama pengundi pos yang dibaca dalam senarai undi pos. Ejen-ejen calon yang hadir boleh tandakan nama pengundi pos dalam buku daftar pemilih mereka.
- Menandakan nama pengundi pos dan catatkan tanda 'PP' yang bermaksud 'Pengundi Pos''Yang Telah dikeluarkan Kertas Undi' pada hujung nama pengundi dalam buku daftar pemilih
- Salinan buku daftar pemilih yang telah ditandakan ini akan diedarkan kepada petugas-petugas semasa proses pengundian awal dan proses pengundian sebenar bagi memastikan tiada kertas undi lain dikeluarkan kepada pengundi yang telah diberikan sampul undi pos
2) Kerani Undi Pos 2
- Menurunkan cap keselamatan atas kertas undi, menceraikannya dan menyerahkan kertas undi tersebut kepada Kerana Undi Pos 3
3) Kerani Undi Pos 3
- Mencatatkan nombor siri kertas undi di muka hadapan Sampul A dan di bahagian atas Borang 2
- Kertas Undi dimasukkan ke dalam Sampul A
- Menyerahkan Borang 2 dan Sampul A kepada Kerani Undi Pos 4
4) Kerani Undi Pos 4
- Memasukkan Borang 2 dan Sampul A ke dalam Sampul B (Parlimen dan DUN)
- Memasukkan Sampul B Parlimen dan Negeri ke dalam Sampul Keutamaan dan digamkan
- Sampul-sampul akan dikumpulkan mengikut kategori pengundi pos
Penyimpanan Dokumen Pilihanraya setelah selesai Undi Pos (jika tiada perubahan)
1. Sampul No. 1P
- kertas undi pos yang tidak digunakan
- kertas undi pos yang rosak
2. Sampul No. 2P
- daftar pemilih yang digunakan oleh KUP1
- borang permohonan untuk kertas undi pos (Borang 1)
- senarai nama kakitangan yang membantu mengendalikan pilihanraya dan nama orang-orang yang telah diluluskan mengundi secara pos oleh pegawai pengurus
3. Sampul No. 3P
- kertas undi pos
4. Sampul No. 4P
- borang SPR 753
- borang SPR 754
5. Sampul No. 5P
- senarai perlantikan ejen undi pos
- Borang SPR 714
- borang A (sumpah kerahsiaan) kakitangan dan ejen
Sampul-sampul 1P hingga 3P hendaklah dimeteraikan. Ejen undi pos boleh terlibat sama.
Sampul 4P dan 5P hendaklah digamkan.
Penerimaan Undi Pos dan Pengiraan Undi Pos
1. Semua sampul-sampul perlu sampai ke pejabat Pegawai Pengurus sebelum jam 5.00 petang pada hari pengundian biasa.
2. Sekiranya sampul undi pos sampai selepas jam 5.00 petang, kertas undi dalam sampul tersebut tidak akan dikira dan sampul tersebut akan disimpan dalam Sampul No 10.
3. Pegawai Pengurus perlu menghantar notis kepada calon atau ejen pilihanraya memaklumkan tarikh, masa dan tempat sampul-sampul itu akan dibuka. Notis tersebut perlu dikeluarkan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum urusan pembukaan sampul-sampul undi pos bermula.
4. Walaupun Sampul Keutamaan B dan Sampul A boleh dibuka awal daripada jam 5.00 petang, pengiraan undi pos hanya boleh dijalankan selepas jam 5.00 petang pada hari pengundian sebenar.
5. Pegawai Pengurus hendaklah memastikan jika Sampul B dibuka secara berperingkat, iaitu dibuka lebih awal sebelum jam 5.00 petang, hendaklah pastikan agar terdapat peti undi termeterai untuk menampung Sampul B yang diterima selepas pembukaan tetapi sebelum jam 5.00 petang.
6. Sebelum proses pembukaan Sampul Undi Pos bermula, Pegawai Pengurus hendaklah menyemak Surat perlantikan dan Borang A Ejen Undi Pos. Terdapat peti undi, dan 3 Dulang yang ditanda sebagai Borang 2, Sampul A dan DITOLAK.
7. Apabila tiba waktu ditetapkan, Pegawai Pengurus akan membuka meterai peti undi dan mengeluarkan semua Sampul B. Bilangan sampul akan dikira dan dicatatkan ke dalam Borang 755 (Kira-Kira Kertas Undi Pos selepas Kertas Undi Pos Dibuka). Peti Undi yang kosong akan ditunjukkan kepada ejen-ejen calon dan kemudiannya dimeterai semula.
8. Pegawai Pengurus akan mengarahkan petugas untuk membuka Sampul B satu persatu. Sekiranya semua dokumen teratur, maka Borang 2 akan dimasukkan ke dalam Dulang dengan label 'Borang 2'. Sampul A yang mengandungi Kertas Undi Pos akan dimasukkan ke dalam Dulang dengan label 'Sampul A'.
9. Jika sekiranya dalam Sampul B tersebut hanya terdapat Sampul A didalamnya tetapi tidak terdapat Borang 2, maka Sampul A akan dicapkan 'DITOLAK' dan dimasukkan ke dalam Dulang 'DITOLAK'
10. Petugas hendaklah membandingkan nombor siri Borang 2 dengan nombor siri pada Sampul A. Sekiranya nombor siri Borang 2 dan Sampul A SAMA, Borang 2 akan dimasukkan ke dalam dulang 'Borang 2' dan kertas undi akan dimasukkan ke dalam peti undi yang telah dimeterai.
11. Jika sekiranya nombor siri Borang 2 dan Sampul A TIDAK SAMA, petugas akan menurunkan cap 'DITOLAK' pada Borang 2 dan dikepilkan bersama kertas undi dan Sampul A sebelum dimasukkan ke dalam Dulang 'DITOLAK'.
12. Jika Sampul B kosong, petugas akan menurunkan cap 'DITOLAK' dan dimasukkan ke dalam Dulang 'DITOLAK'.
13. Jika Borang 2 TIDAK LENGKAP, Borang 2 akan dicap dengan cap 'DITOLAK' dan dikepilkan bersama dokumen lain dan dimasukkan ke dalam Dulang 'DITOLAK'.
14. Jika Sampul A tidak disertakan, tetapi terdapat kertas undi dan Borang 2 di dalam Sampul B, maka petugas akan membandingkan nombor siri kertas undi dengan nombor siri pada Borang 2. Jika nombor siri SAMA, maka Borang 2 akan dimasukkan ke dalam Dulang 'Borang 2' dan kertas undi dimasukkan ke dalam peti undi yang telah dimeterai. Jika nombor siri TAK SAMA, Borang 2 akan dicapkan 'DITOLAK' dan dikepilkan dengan semua dokumen sebelum dimasukkan ke dalam Dulang 'DITOLAK'.
15. Selepas selesai semuanya, maka tibalah masa untuk membuka Sampul A yang mengandungi Undi Pos. Apabila Sampul A dibuka, Pegawai Pengurus perlu membandingkan nombor siri pada Sampul A dengan nombor siri pada kertas undi. Waktu ini, rujukan tiada lagi dibuat pada Borang 2. Sekiranya nombor siri SAMA, maka kertas undi akan dimasukkan ke dalam peti undi yang telah dimeterai tadi. Jika nombor siri TIDAK SAMA, maka kertas undi akan ditolak. Petugas akan menurunkan cap 'DITOLAK' di bahagian hadapan kertas undi dan dimasukkan ke dalam Dulang 'DITOLAK' setelah dikepilkan dengan Sampul A.
16. Sekiranya tiada kertas undi dalam Sampul A, petugas akan menurunkan cap 'KOSONG' pada Sampul A dan akan diketepikan.
17. Selesai sahaja proses pembukaan Sampul A, Pegawai Pengurus akan memeteraikan mulut peti undi di hadapan ejen dan meminta ejen menandatangani perekat keselamatan pada peti undi tersebut.
18. Pegawai Pengurus hendaklah mengira kertas undi yang dicap 'DITOLAK' dan mencatatkan bilangannya di Para D Borang SPR 755. Mengira Sampul A yang dicap 'KOSONG' dan dicatatkan bilangannya di Para C Borang SPR 755. Melengkapkan Borang SPR 755 dan memaklumkan kepada ejen undi pos mengenai isi kandungan penyata dalam borang tersebut.
Info Berkenaan Undi Pos :
1. Pengundian Pos Luar Negara
2. Pemerhati Wakil Parti Politik Bagi Memerhati Proses Penyerahan dan Penerimaan Balik Sampul Undi Pos
3. Borang A Muka Depan (Permohonan Kertas Undi Pos - Pengundi Pos Dalam Negara)
4. Borang A Muka Belakang (Permohonan Kertas Undi Pos - Pengundi Pos Dalam Negara)
5. Borang 1B (Permohonan Kertas Undi Pos - Pengundi Pos Luar Negara)
6. Soal Jawab Undi Pos - SPR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment