-
Hari Mengundi Awal
Hari Mengundi Awal akan ditetapkan oleh SPR berdasarkan Peraturan 3(1A) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) (Pindaan) 2012 iaitu tidak kurang daripada tujuh hari selepas Hari Penamaan Calon dan tidak kurang daripada tiga hari sebelum dari tarikh atau tarikh-tarikh Hari Mengundi Biasa.
Masa mengundi dan Hari Mengundi Awal akan diwartakan oleh SPR. Pengundian akan bermula tepat jam 8.00 pagi hingga 7.00 petang kecuali bagi Pusat-Pusat Mengundi Awal dan Tempat-Tempat Mengundi (Saluran) yang jumlah pemilihnya tidak ramai iaitu 50 orang atau kurang. Bagi kategori ini masa mengundi akan dimulakan dari jam 8.00 pagi sehingga jam 2.00 petang.
Proses Pengundian Awal
1. Proses pengundian awal adalah sama dengan proses pengundian biasa iaitu melibatkan Kertas Undi, peti undi dan ianya dijalankan di Pusat-pusat Mengundi atau Tempat-tempat Mengundi (Saluran) masing-masing seperti yang telah ditetapkan.
2. Proses pengundian awal akan dikendalikan oleh Ketua Tempat Mengundi dan beberapa orang Kerani Pengundian di Pusat Mengundi yang telah ditetapkan sama ada di kem-kem tentera bagi anggota tentera dan pasangan atau di Ibu Pejabat Polis Kontinjen/ Ibu Pejabat Polis Daerah bagi anggota Polis dan isteri atau suami kepada pegawai polis yang berkhidmat dengan Pasukan Gerakan Am.
3. Setiap pengundi perlu menunjukkan Kad Perkhidmatan/Kad Pengenalan kepada petugas di Tempat Mengundi (Saluran) untuk tujuan pengesahan sebelum tindakan seterusnya diambil.
4. Setiap pengundi adalah diwajibkan dicalitkan Dakwat Kekal pada jari telunjuk kiri mereka sebelum kertas undi dikeluarkan kepada pengundi berkenaan. Jika pengundi enggan jari telunjuk kiri dicalitkan dengan Dakwat Kekal, kertas undi tidak akan dikeluarkan kepadanya oleh Ketua Tempat Mengundi.
Wednesday, 24 April 2013
Hari Mengundi Awal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment