Saturday, 27 April 2013

Daftar Pemilih dan Isu-Isu Berkaitan




Daftar Pemilih dan Isu-Isu Berkaitan



Isu Daftar Pemilih 2012


1. Wujud lebih 3 juta bukan pemastautin dalam Daftar Pemilih SPR

2. Terdapat kira-kira seramai 42,000 pemilih awam yang tidak memperbaharui Mykad masih berada dalam Daftar Pemilih SPR

3. Daftar Pemilih SPR mengandungi maklumat yang tidak konsisten antara jantina pemilih dengan kad pengenalan mereka

4. Daftar Pemilih SPR masih mengandungi alamat pemilih yang tidak lengkap walhal mereka tinggal di negeri-negeri yang maju seperti Selangor dan Kuala Lumpur

5. Terdapat pemilih yang mempunyai nama yang serupa dan kadangkala tarikh lahir yang sama dalam Daftar Pemilih SPR

6. Daftar Pemilih SPR mengandungi ramai pemilih yang memegang kad pengenalan angka '71'

7. Daftar Pemilih SPR mengandungi ramai pemilih berumur 85 tahun dan ke atas, malah juga mereka yang berumur melebihi 100 tahun

8. Daftar Pemilih SPR mengandungi terlalu ramai pengundi pos dari kalangan isteri anggota tentera dan polis

9. Daftar Pemilih SPR dari kalangan tentera dan polis yang baru didaftarkan yang terdiri daripada mereka yang melebihi umur kelayakan pengambilan sebagai anggota tentera/polis iaitu maksima 28 tahun

10. Daftar Pemilih SPR masih mengandungi ramai pemilih dari kalangan anggota tentera dan polis yang telahpun melepasi umur persaraan

11. Terdapat kira-kira 280,000 pemilih dalam Daftar Pemilih SPR mempunyai rekod tarikh permohonan yang janggal (umur kurang dari 21 tahun semasa memohon)

12. SPR tidak memaklumkan maklumat pertukaran kawasan pendaftaran kepada pemilih semasa melaksanakan proses pembetulan lokaliti

13. Sistem pendaftaran SPR meragukan bila mana nama pemohon yang telah digugurkan kerana dibantah muncul semula dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan pada suku tahun berikutnya

14. Daftar Pemilih SPR meragukan bila mana terdapat pemilih yang telah mencecah usia emas baru mendaftar sebagai pemilih

15. Daftar Pemilih SPR mengandungi nama-nama pemilih yang ‘pelik’

16. SPR telah memindahkan nama beberapa orang pengundi ke kawasan lain tanpa kebenaran dan permohonan dari pada pengundi terlibat

17. Isu “Misteri Pengundi Dua MyKad Didaftarkan Dua Kali Sebagai Pemilih”

18. Seramai 376 orang pengundi Lembah Pantai dipindahkan daripada Pusat Tahanan Bukit Jalil ke Balai Polis Travers dalam Suku Tahun Ketiga Tahun 2012. Adakah ianya betul-betul berlaku atau secara on paper untuk menambah undi pos di Parlimen Lembah Pantai

19. Terdapat dalam Daftar Pemilih SPR warga asing bernama Hassannuddin bin Manna yang didaftarkan di DUN Karambunai Parlimen Sepanggar, Sabah dan Salleh bin Samsul yang didaftarkan di DUN Permas dalam Parlimen Pasir Gudang

20. Ada pemegang Kad Pengenalan berstatus Pemastautin Sementara telah didaftarkan sebagai pengundi dalam Daftar Pemilih SPR

21. Terdapat terlalu ramai pemilih dalam daftar pemilih SPR yang terdiri daripada mereka yang lahir di luar negara dengan menggunakan kod 71

22. Seramai 59 orang pemilih baru yang didaftarkan di Kg. Melayu Majidi, Johor Bharu pada tahun 2011 tidak mempunyai nombor rumah, nama jalan dan menggunakan Kad Pengenalan kod 71

23. SPR sengaja memperbesarkan saiz lokaliti dengan tujuan untuk mengumpulkan penyokong BN di kawasan yang didapati mengandungi ramai penyokong Pakatan Rakyat. Pemecahan lokaliti ini tidak mendapat kelulusan Parlimen

24. SPR cuba untuk menipu Daftar Pemilih

25. SPR lepas tangan dalam isu pemberian MyKad kepada warga asing

26. SPR dipersoal kerana akan melaksanakan proses mencalit dakwat kekal sebelum pengundi menandakan kertas undi, bukannya selepas mereka membuang undi

27. SPR melantik terlalu ramai petugas pada PRU Ke-13

28. SPR perlu memperjelaskan semua pindaan peraturan pilihan raya yang akan digunapakai semasa PRU Ke-13 nanti bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan parti politik dan orang ramai

29. “Siap sedia hadapi pilihan raya paling kotor” 



Isu Daftar Pemilih





Lagi Info Berkaitan Daftar Pemilih :



1. Borang Aduan dan Maklumbalas Daftar Pemilih

2. Pembetulan Maklumat Pemilih


UNDI POS - Apa yang perlu anda tahu?



UNDI POS - Apa yang perlu anda tahu?



Proses Pengundian Pos


Pengeluaran Undi Pos oleh Pegawai Pengurus (PP)

=> Pengambilan sampul oleh 'Courier' Polis/Tentera / Penghantaran Karung Khas SPR

=> Proses Pengundian Pos
1. Penyerahan sampul-sampul di pusat penyerahan
2. Pengagihan sampul kepada pemilih
3. Penyempurnaan oleh Pemilih
4. Sampul Keutamaan B dimasukkan dalam Karung Khas SPR

=> Pengembalian semula Karung Khas SPR kepada Pegawai Pengurus (PP)

=> Sampul Keutamaan B dimasukkan ke dalam Peti Undi Termeterai

=> Pembukaan Sampul Keutamaan B

=> Pembukaan Sampul A

=> Pengiraan Undi


4 Kerani Pos Yang Bertugas pada Hari Undi Pos


1) Kerani Undi Pos 1

- Melaungkan siri nombor pengenalan diri, nama pengundi pos yang dibaca dalam senarai undi pos. Ejen-ejen calon yang hadir boleh tandakan nama pengundi pos dalam buku daftar pemilih mereka.

- Menandakan nama pengundi pos dan catatkan tanda 'PP' yang bermaksud 'Pengundi Pos''Yang Telah dikeluarkan Kertas Undi' pada hujung nama pengundi dalam buku daftar pemilih

- Salinan buku daftar pemilih yang telah ditandakan ini akan diedarkan kepada petugas-petugas semasa proses pengundian awal dan proses pengundian sebenar bagi memastikan tiada kertas undi lain dikeluarkan kepada pengundi yang telah diberikan sampul undi pos


2) Kerani Undi Pos 2

- Menurunkan cap keselamatan atas kertas undi, menceraikannya dan menyerahkan kertas undi tersebut kepada Kerana Undi Pos 3


3) Kerani Undi Pos 3

- Mencatatkan nombor siri kertas undi di muka hadapan Sampul A dan di bahagian atas Borang 2

- Kertas Undi dimasukkan ke dalam Sampul A

- Menyerahkan Borang 2 dan Sampul A kepada Kerani Undi Pos 4


4) Kerani Undi Pos 4

- Memasukkan Borang 2 dan Sampul A ke dalam Sampul B (Parlimen dan DUN)

- Memasukkan Sampul B Parlimen dan Negeri ke dalam Sampul Keutamaan dan digamkan

- Sampul-sampul akan dikumpulkan mengikut kategori pengundi pos


Penyimpanan Dokumen Pilihanraya setelah selesai Undi Pos (jika tiada perubahan)


1. Sampul No. 1P

- kertas undi pos yang tidak digunakan
- kertas undi pos yang rosak

2. Sampul No. 2P

- daftar pemilih yang digunakan oleh KUP1
- borang permohonan untuk kertas undi pos (Borang 1)
- senarai nama kakitangan yang membantu mengendalikan pilihanraya dan nama orang-orang yang telah diluluskan mengundi secara pos oleh pegawai pengurus

3. Sampul No. 3P

- kertas undi pos

4. Sampul No. 4P

- borang SPR 753
- borang SPR 754

5. Sampul No. 5P

- senarai perlantikan ejen undi pos
- Borang SPR 714
- borang A (sumpah kerahsiaan) kakitangan dan ejen


Sampul-sampul 1P hingga 3P hendaklah dimeteraikan. Ejen undi pos boleh terlibat sama.
Sampul 4P dan 5P hendaklah digamkan.


Penerimaan Undi Pos dan Pengiraan Undi Pos


1. Semua sampul-sampul perlu sampai ke pejabat Pegawai Pengurus sebelum jam 5.00 petang pada hari pengundian biasa.

2. Sekiranya sampul undi pos sampai selepas jam 5.00 petang, kertas undi dalam sampul tersebut tidak akan dikira dan sampul tersebut akan disimpan dalam Sampul No 10.

3. Pegawai Pengurus perlu menghantar notis kepada calon atau ejen pilihanraya memaklumkan tarikh, masa dan tempat sampul-sampul itu akan dibuka. Notis tersebut perlu dikeluarkan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum urusan pembukaan sampul-sampul undi pos bermula.

4. Walaupun Sampul Keutamaan B dan Sampul A boleh dibuka awal daripada jam 5.00 petang, pengiraan undi pos hanya boleh dijalankan selepas jam 5.00 petang pada hari pengundian sebenar.

5. Pegawai Pengurus hendaklah memastikan jika Sampul B dibuka secara berperingkat, iaitu dibuka lebih awal sebelum jam 5.00 petang, hendaklah pastikan agar terdapat peti undi termeterai untuk menampung Sampul B yang diterima selepas pembukaan tetapi sebelum jam 5.00 petang.

6. Sebelum proses pembukaan Sampul Undi Pos bermula, Pegawai Pengurus hendaklah menyemak Surat perlantikan dan Borang A Ejen Undi Pos. Terdapat peti undi, dan 3 Dulang yang ditanda sebagai Borang 2, Sampul A dan DITOLAK.

7. Apabila tiba waktu ditetapkan, Pegawai Pengurus akan membuka meterai peti undi dan mengeluarkan semua Sampul B. Bilangan sampul akan dikira dan dicatatkan ke dalam Borang 755 (Kira-Kira Kertas Undi Pos selepas Kertas Undi Pos Dibuka). Peti Undi yang kosong akan ditunjukkan kepada ejen-ejen calon dan kemudiannya dimeterai semula.

8. Pegawai Pengurus akan mengarahkan petugas untuk membuka Sampul B satu persatu. Sekiranya semua dokumen teratur, maka Borang 2 akan dimasukkan ke dalam Dulang dengan label 'Borang 2'. Sampul A yang mengandungi Kertas Undi Pos akan dimasukkan ke dalam Dulang dengan label 'Sampul A'.

9. Jika sekiranya dalam Sampul B tersebut hanya terdapat Sampul A didalamnya tetapi tidak terdapat Borang 2, maka Sampul A akan dicapkan 'DITOLAK' dan dimasukkan ke dalam Dulang 'DITOLAK'

10. Petugas hendaklah membandingkan nombor siri Borang 2 dengan nombor siri pada Sampul A. Sekiranya nombor siri Borang 2 dan Sampul A SAMA, Borang 2 akan dimasukkan ke dalam dulang 'Borang 2' dan kertas undi akan dimasukkan ke dalam peti undi yang telah dimeterai.

11. Jika sekiranya nombor siri Borang 2 dan Sampul A TIDAK SAMA, petugas akan menurunkan cap 'DITOLAK' pada Borang 2 dan dikepilkan bersama kertas undi dan Sampul A sebelum dimasukkan ke dalam Dulang 'DITOLAK'.

12. Jika Sampul B kosong, petugas akan menurunkan cap 'DITOLAK' dan dimasukkan ke dalam Dulang 'DITOLAK'.

13. Jika Borang 2 TIDAK LENGKAP, Borang 2 akan dicap dengan cap 'DITOLAK' dan dikepilkan bersama dokumen lain dan dimasukkan ke dalam Dulang 'DITOLAK'.

14. Jika Sampul A tidak disertakan, tetapi terdapat kertas undi dan Borang 2 di dalam Sampul B, maka petugas akan membandingkan nombor siri kertas undi dengan nombor siri pada Borang 2. Jika nombor siri SAMA, maka Borang 2 akan dimasukkan ke dalam Dulang 'Borang 2' dan kertas undi dimasukkan ke dalam peti undi yang telah dimeterai. Jika nombor siri TAK SAMA, Borang 2 akan dicapkan 'DITOLAK' dan dikepilkan dengan semua dokumen sebelum dimasukkan ke dalam Dulang 'DITOLAK'.

15. Selepas selesai semuanya, maka tibalah masa untuk membuka Sampul A yang mengandungi Undi Pos. Apabila Sampul A dibuka, Pegawai Pengurus perlu membandingkan nombor siri pada Sampul A dengan nombor siri pada kertas undi. Waktu ini, rujukan tiada lagi dibuat pada Borang 2. Sekiranya nombor siri SAMA, maka kertas undi akan dimasukkan ke dalam peti undi yang telah dimeterai tadi. Jika nombor siri TIDAK SAMA, maka kertas undi akan ditolak. Petugas akan menurunkan cap 'DITOLAK' di bahagian hadapan kertas undi dan dimasukkan ke dalam Dulang 'DITOLAK' setelah dikepilkan dengan Sampul A.

16. Sekiranya tiada kertas undi dalam Sampul A, petugas akan menurunkan cap 'KOSONG' pada Sampul A dan akan diketepikan.

17. Selesai sahaja proses pembukaan Sampul A, Pegawai Pengurus akan memeteraikan mulut peti undi di hadapan ejen dan meminta ejen menandatangani perekat keselamatan pada peti undi tersebut.

18. Pegawai Pengurus hendaklah mengira kertas undi yang dicap 'DITOLAK' dan mencatatkan bilangannya di Para D Borang SPR 755. Mengira Sampul A yang dicap 'KOSONG' dan dicatatkan bilangannya di Para C Borang SPR 755. Melengkapkan Borang SPR 755 dan memaklumkan kepada ejen undi pos mengenai isi kandungan penyata dalam borang tersebut.


Info Berkenaan Undi Pos :


1. Pengundian Pos Luar Negara

2. Pemerhati Wakil Parti Politik Bagi Memerhati Proses Penyerahan dan Penerimaan Balik Sampul Undi Pos

3. Borang A Muka Depan (Permohonan Kertas Undi Pos - Pengundi Pos Dalam Negara)

4. Borang A Muka Belakang (Permohonan Kertas Undi Pos - Pengundi Pos Dalam Negara)

5. Borang 1B (Permohonan Kertas Undi Pos - Pengundi Pos Luar Negara)

6. Soal Jawab Undi Pos - SPR


Wednesday, 24 April 2013

Kesalahan Amalan Korup Dalam Pilihanraya - Kesalahan Penjamuan



Kesalahan Amalan Korup Dalam Pilihanraya - 
Kesalahan Penjamuan



Seksyen 8

Kesalahan Penjamuan


Tiap-tiap orang yang, secara rasuah, dengan sendirinya atau melalui seseorang lain,

Sama ada sebelum, dalam masa atau selepas sesuatu pilihanraya, secara langsung atau secara tak langsung,

Memberi atau mengadakan atau menyebabkan diberi atau diadakan, atau yang menyertai hal memberi atau mengadakan itu,

atau yang membayar atau mengakujanji akan membayar kesemuanya atau sebahagiannya, belanja bagi memberi atau mengadakan apa-apa makanan, minuman, penyegar atau bekalan,

atau apa-apa wang atau tiket atau apa-apa cara atau tipu daya lain untuk membolehkan apa-apa makanan, minuman, penyegar atau bekalan, disampaikan kepada atau untuk seseorang

bagi maksud mempengaruhi secara rasuah orang itu atau mana-mana orang lain supaya memberi atau jangan memberi undinya dalam pilihanraya itu

atau oleh kerana seseorang itu atau seseorang lain telah mengundi atau tidak mengundi atau akan mengundi atau tidak akan mengundi dalam pilihanraya itu,

dan tiap-tiap pemilih atau pengundi yang, secara rasuah menerima atau mengambil apa-apa makanan, minuman atau penyegar atau bekalan itu atau mana-mana wang atau tiket itu atau yang menggunakan apa-apa cara atau tipu daya lain itu untuk membolehkan makanan, minuman, penyegar atau bekalan itu didapatkan

adalah bersalah atas kesalahan menjamu.


Misalan :


A, selepas pembubaran Parlimen, telah menyediakan satu jamuan makan tengahari kepada Z dengan tujuan untuk mempengaruhi Z agar memberi undi kepada A dalam pilihanraya.

A, selepas pembubaran Parlimen, telah membayar kos jamuan makan tengahari dengan tujuan untuk mempengaruhi Z untuk memberi undi kepada A.


Kesalahan Amalan Korup Dalam Pilihanraya - Kesalahan Menyamar



Kesalahan Amalan Korup Dalam Pilihanraya - 
Kesalahan Menyamar



Seksyen 7

Kesalahan Menyamar


Tiap-tiap orang yang memohon suatu kertas undi dalam sesuatu pilihanraya atas nama seseorang lain,

Sama ada nama itu adalah nama bagi seseorang yang hidup atau mati, atau nama seseorang yang diada-adakan atau yang,

Setelah mengundi sekali dalam mana-mana pilihanraya itu,

Memohon dalam pilihanraya itu juga suatu kertas undi atas namanya sendiri,

adalah bersalah atas kesalahan menyamar


Misalan :


A, semasa hari pengundian telah memohon satu kertas undi di atas nama B yang masih hidup dengan niat untuk mengundi di atas nama B.

A, semasa hari pengundian telah memohon satu kertas undi di atas nama C yang mana C telahpun meninggal dunia dengan niat untuk mengundi di atas nama C.

A, semasa hari pengundian telah memohon satu kertas undi di atas nama D yang mana D adalah nama yang diada-adakan.

A, semasa hari pengundian setelah melakukan pembuangan undi telah memohon satu kertas undi lain di atas namanya sendiri.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...